Sunday 2 October 2011

Ampuniku ya ALLAH..
Pernah kita terfikir disebalik kejadian kita? Pernahkah kita bertanya pada diri kita? Siapa yang jadikan mata kita? Siapa yang jadikan lidah kita? Cuba lihat dua tangan kita. Siapa yang menjadikan dua tangan kita?kedua kaki kita?
Kita lihat pula apa yang diperbuat oleh mata kita? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ? Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.
Bayangkanlah jika kita bangun di suatu hari, dunia yang cerah, indah menjadi gelap. Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Baru kita tersedar sudah hilang nikmat penglihatan yang diberi. Sedangkan kita tidak pernah bersyukur. Adakah baru kita hendak menyesal?

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya  kurniaan Allah. Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya. Tanya pada diri kita, Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang  memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ? Sedangkan Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini. Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?

Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada? Mengapa masih kita menyombongkan diri???


 


P/s : Ya ALLAH.. Kami sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Kami sombong kepadaMu Ya ALLAH.. Ampunilah dosa2 kami Ya ALLAH..



THANK READ HIJABERS COMMUNITY

Wanita Muslim Sangat Special!



Seorang lelaki kristian bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Lelaki kristian:kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim: tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu
salah satu darinya dibukakn bungkusanya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?

Lelaki kristian:sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim:Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa :)








P/s : Jagalah auratMu wahai wanita kerana anda sangatlah istimewa (: 

THANK READ HIJABERS COMMUNITY